cik monyet

cik monyet

Cantuman TUT~

gambar dari cik google



Ok!! kali ni Cik Monyet~ nk cerita pasal TUT . Uolls pernah tgk x kaedah pembiakan mcm dlm gmbr tu???
pernah?? xpernah?? dulu zaman sek2 dulu~ *terkenang jap klau time amali aq suka sgt amali tut ni...sbb pling senang la!!..hahah..time exam pon skor dkt sini je,.... maklum la dulu sek pertanian~ ekceli uolls~

TUT ni adalah satu teknik pembiakan yg dilakukn pada dahan/ranting yg masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yg masih mendapat makanan dan air dari pokok induk.

ha~ tu dia definisinya...phm dah?? kaedah ni paling mudah dan berkesan...contoh pokok yg korang boleh guna untuk kaedah ini ialah pokok puding, pokok bunga kenanga, dll..ok sblm masuk lebih mendalam kaedah ni..CIk MOnyet~ nk share sikit la kelebihan kaedah ni dkt korang..ANTARA nya *ecewah

  • Ciri-ciri pokok induk dapat diwarisi
  • Tanaman baru cepat matang
  • mudah
  • jimat kos
Itu kelebihannya...tapi lumrah alam la kn~ mana ada yg sempurna dkt dunia ni...so mesti ada kekurangannya kn??
kekurangan kaedah tut ni pula ialah:

  • Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang
  • Tidak boleh membiak dgn kuantiti yg bnyk pada satu pokok induk

Korang da tau kelebihan dan kekurangan kaedah ni kn...skrng korang kena tahu cara pembiakan tut plk

Kaedah:





  1. Pilih dahan yg sihat dan kuat untuk dibuat cantuman tut dan buat 2 kelaran pada dahan tersebut.
  2. Kopek kulitnya dan kikis lapisan kambium
  3. Sapukan hormon pengakaran pada bahagian atasan kelaran
  4. Belah bahagian tengah medium yang telah siap disediakan

  1. Lekapkan medium pada kelaran
  2. Balutkan lekapan medium tersebut dan ikat dengan tali

 
  1. Selepas 1 setengah bulan akar akan kelihatan
  2. Potong batang pada bahagian bawah medium pengakaran

      9. Tanam potongan tersebut dalam pasu dan pastikan batang pokok ditanam lurus dan siram secukupnya.



SIAP!! mudah kn...xpayah keluar duit bnyak2...medium yang digunakan untuk lekap pada kelaran tu ialah medium yg menggunakan nisbah 1:1 (tanah loam:bahan organik) kemudian medium tersebut dicampurkan dengan sedikit air...so, medium tu nnt jadi mcm tanah liat la...sbb tu senang nk lekapkan dekat kelaran tu... :) entry kali ni berakhir disini...nnt update lagi... xoxo